Bagaimana Memulakan Pelaburan Emas

Posted: November 24, 2010 in Uncategorized
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.

Ramai yang tertanya-tanya tentang pelaburan emas manakah yang terbaik. Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka di sini saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan

Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah:

  • Samada anda suka emas fizikal atau tidak?
  • Modal anda besar atau kecil?
  • Ada masalah menyimpan tak?

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?
Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas
2. gold bar.

Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

  • Pilihan pertama – Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K) dan syiling Dinar
  • Syiling Kijang Emas
  • Syiling emas UOB bank (1 Oz) . – Canadian gold Maple Leave, Australian Nugget, Singapore gold coin
  • Gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
  • gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya
  • Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.
Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:

  • Public Bank Gold Investment Account
  • Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

Posting ini hanyalah panduan semata-mata. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kemudahan anda. No problem. Kalau ada persoalan, maka letakkan soalan anda pada ruangan komen kat bawah. InsyaAllah saya akan cuba bantu.

Sekarang nie saya nak buat survey sikit, saya minta semua pembaca ambil bahagian dalam survey nie ok!

SURVEY: Bila saya nak start beli emas?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s